KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,237 kes demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ke-17 tahun antara 21 hingga 27 April lalu berbanding 2,321 pada minggu sebelumnya.
Namun tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga minggu epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 52,887 kes berbanding 36,977 kes bagi tempoh sama tahun 2023.
Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggu ppidemiologi ke-17 adalah sebanyak 63 lokaliti berbanding 80 pada minggu sebelumnya.
Dari 63 lokaliti yang dilaporkan, 51 lokaliti di Selangor, empat di Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Pulau Pinang , masing-masing dua di Perak dan Kedah serta satu Sarawak. – MalaysiaGazette