Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah yang hadir selepas selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Sungai Merab, Kajang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 03 MEI 2024.

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab Luar, Kajang hari ini.

Anwar yang tiba jam 1.30 petang itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan disambut pengurusan masjid serta penduduk tempatan.

Anwat sebelum itu mendengar khutbah Jumaat disampaikan Wan Mohd Firduas berjudul  ‘Takwa dan Pekerjaan’ sebelum menunaikan solat Jumaat bersama 1,000 jemaah yang lain.

Selesai solat, Ahli Parlimen Tambun itu sempat meluangkan masa bersalaman serta bergambar bersama jemaah,termasuk para pelajar Sekolah Kembasaan Sungai Merab Luar.

Para pelajar itu juga mengambil kesempatan bergambar perdana menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast