Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Jalan Tambun, Ipoh. Foto : ANIQ NABILAFIQ ANUAR

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan segelintir pihak yang mengkritik kerajaan berhubung pengumuman kenaikan gaji penjawat awam mulai 1 Disember nanti.

Katanya, ini kerana perkara itu sebagai menghargai jasa semua penjawat awam termasuk pasukan bomba yang memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada sebarang situasi buruk.

“Dan kadang-kadang (ada yang) berleter, mengeluh, pertikai beberapa keputusan, apabila kita nak berikan tambahan upah dan pengiktirafan kepada penjawat awam.

“Dia kata, ‘mengapa dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan pilih untuk naikkan gaji penjawat awam.

“Dia lupa negara ini aman, negara ini selamat dari kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya kerana perkhidmatan dan pengorbanan (bomba),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 (SHAB 2024), di di Jalan Tambun, Sunway City, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette