Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

BATANG KALI – Biarkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memasuki minggu kedua, Perikatan Nasional (PN) dilihat masih berteka-teki sama ada akan membentangkan manifesto atau sebaliknya.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membayangkan PN hanya akan membentangkan manifesto untuk DUN Kuala Kubu Baharu difikirkan sesuai.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal tidak langsung memperincikan bila PN akan berbuat perincian mengenai manifesto malah ia mungkin akan dibentangkan sebelum 11 Mei depan.

“Kita akan umumkan sebelum pilihan raya. Bila tiba masanya. 

“Tetapi (tawaran) yang jelas hari ini kepada orang Kuala Kubu Bharu, kami telah pun menawarkan seorang calon anak tempatan yang berkelayakan, berkebolehan, yang faham tentang permasalahan tempatan,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama (BGU) PN pagi ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Wanita Gempur PN di Batang Kali hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, ia bergantung kepada strategi yang dimainkan oleh PN dalam mendepani calon Perpaduan, Pang Sock Tao.

“Jadi kami masing-masing ada strategi. Pihak PN ada strategi untuk calonnya. Untuk calonnya bila nak masuk kampung Melayu, dia (calon PH) pakai tudung, selendang. Itu strategi mereka.

“Tetapi kami juga ada strategi kami yang kami akan umumkan bila kami rasakan masa itu sesuai,” katanya lagi.

Ditanya samada calon PN, Khairul Azhari Saut mampu memberikan kemenangan kepada gabungan itu, Ahmad Faizal percaya ahli Bersatu itu mampu melakar kejayaan di Kuala Kubu Baharu.

“Kami amat yakin dengan penambahan seorang lagi ADUN daripada PN yang mewakili Kuala Kubu Bharu. Suara rakyat Kuala Kubu Bharu ini akan dibawa dengan lantang di DUN Selangor.

“Kita yakin walaupun kita tidak memimpin kerajaan negeri Selangor, kami yakin kami masih dapat membawa segala permasalahan bagi rakyat Kuala Kubu Bharu,” katanya.

PRK DUN KKB di Selangor pada 11 Mei manakala penamaan calon Sabtu ini dan pengundian awal pada 7 Mei.

PRK itu adalah yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022 dan diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

PRK kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast