Gambar hiasan.

RIYADH – Penduduk tempatan Arab Saudi yang mahu mengerjakan haji pada tahun ini perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan pengenalan langkah baharu untuk mengurangkan bilangan individu yang mengerjakan haji secara haram, tanpa permit atau mendaftar.

Direktorat Keselamatan Awam Kerajaan berkata, ia adalah syarat baharu untuk mengurangkan bilangan individu yang mengerjakan haji secara haram, tanpa permit atau mendaftar.

Pelaksanaan peraturan baharu itu berkuat kuasa mulai 4 Mei 2024.

Kenyataan itu menegaskan, anggota keselamatan Arab Saudi akan menghalang kemasukan mana-mana individu ke Makkah yang tidak memiliki permit tersebut.

Langkah baharu itu untuk mengawal aliran jemaah haji dan melindungi keselamatan mereka, terutama semasa musim ibadah tersebut. – Agensi