Faisal Halim disimbah asid oleh suspek tidak dikenali dalam kejadian yang disyaki berlaku di Petaling Jaya hari ini. sumber Aplikasi X FinaNasrom

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera ke atas individu yang menyerang dan menyimbah asid ke atas penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim dalam insiden yang berlaku di Petaling Jaya hari ini.

Menerusi satu ciapan di plaform X, Hannah Yeoh mengecam serangan itu yang disifatkan sebagai satu keganasan kepada atlet negara.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan.

“Saya meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” kata Hannah dalam ciapan X itu hari ini.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar  mengesahkan kejadian itu.

Katanya, insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

“Saya boleh sahkan insiden itu.. Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan akan mengeluarkan kenyataan media sebentar lagi,” katanya tanpa mengulas lanjut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast