Gambar hiasan

HOUSTON – ExxonMobil tidak akan berminat untuk mengambil pelajar yang mengambil bahagian dalam protes pro-Palestin di kampus kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS), kata ketua pegawai eksekutifnya, Darren Woods.

“Terus terang tiada tempat untuk universiti-universiti tersebut dalam syarikat seperti ExxonMobil,” kata Woods dalam temu bual dengan CNBC minggu ini.

Tambah Darren: “Kami tidak akan mahu membawa pelajar seperti itu ke dalam syarikat kami dan jika protes itu mencerminkan nilai kampus tempat mereka melakukannya, kami tidak akan berminat untuk merekrut pelajar dari kampus tersebut.

Demonstrasi pelajar bermula pada 17 April lalu di Universiti Columbia untuk membantah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh lebih 34,600 rakyat Palestin dan 77,700 cedera sejak serangan 7 Oktober 2023 oleh Hamas.

Protes itu telah menjadi titik bagi gerakan yang lebih luas untuk membantah perang genosida Israel ke atas Gaza. – Agensi