Penduduk menikmati juadah raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Jalan 7/3C Bandar Baru Bangi, Selangor.

Wayang Pacak memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk Jalan 7/3, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada Ahad malam.

Lebih 500 penduduk menjamu selera dengan pelbagai juadah bertemakan Aidilfitri Warna Warni yang menjadi acara tahunan.

Penduduk tidak melepaskan peluang menonton wayang pacak sempena sambutan Aidilfitri Jalan 7/3C Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pengerusi persatuan, Kolonel (B) Abdul Samad Tahir berkata, sambutan daripada penduduk sangat menggalakkan setiap tahun dengan kehadiran hampir 90 peratus.

“Majlis seperti ini mengeratkan lagi ukhwah penduduk yang sudah lama tinggal di sini dan beramah mesra dengan jiran baru yang baru berpindah,” katanya.

Beliau melahirkan rasa syukur dengan kerjasama ditunjukkan penduduk dalam menjayakan majlis.

Pengerusi Persatuan Kolonel (B) Abd Samad Tahir (dua dari kiri) bergambar Bersama ADUN Sungai Rmal, Shafie Ngah (tiga dari kiri) dan Pengerusi Surau 7/3, Datuk Zailani Safari (kiri sekali) pada majlis Hari Raya Aidilfitri, Jalan 7/3 Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sambutan Aidilfitri ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal, Shafie Ngah.

Sementara itu Pengerusi Surau Darul Mahabbah kawasan berkenaan, Datuk Zailani Safari turut melahirkan kesyukuran dengan semangat kejiranan yang dtunjukkan penduduk.

Beliau turut meraikan bakal penduduk yang terpilih untuk menunaikan menunaikan Rukun Islam kelima.

Ahli Jawatankuasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jalan 7/3. Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Selain sambutan Aidilfitri, persatuan penduduk akan menganjurkan Qurban pada Aidiladha nanti yang juga menjadi acara tahunan. – MalaysiaGazette