Anggota bomba dan DBKL mengalihkan pokok besar yang tumbang ke atas kereta dan landasan monorel berhampiran Hotel Concorde di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Monorel mengalami gangguan disebabkan dahan pokok yang tumbang di atas landasan berhampiran stesen Raja Chulan, di sini, akibat cuaca buruk pada jam 2.20 petang tadi.

Menurut kenyataan Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), berikutan itu tiada perkhidmatan antara stesen KL Sentral dan stesen Medan Tuanku.

Katanya, pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan bas pengantara ulang-alik dari KL Sentral ke Medan Tuanku dan tren pengantara antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (platform 1).

“Pengumuman menerusi platform rasmi media social Rapid KL dan di semua stesen laluan Monorel telah dilakukan untuk makluman penumpang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin.

Tambahnya, kini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian.

Katanya, kemaskini maklumat akan dilakukan menerusi saluran media sosial dan aplikasi Pulse. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast