Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengadakan Jerayawara Inisiatif Pembiayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana di empat bandar utama Sarawak untuk mewujudkan jaringan strategik dan sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapatkan pembiayaan perniagaan.

Menerusi program ini, institusi kewangan akan berkongsi maklumat mengenai kemudahan pembiayaan dan perkhidmatan yang disediakan kepada PMKS.

Menurutnya, program tersebut akan diadakan di Islamic Information Centre (IIC), KCLD, Block 10, Jalan Ong Tiang Swee, 93200 Kuching, pada 11 Mei.

Siri kedua pada 21 Mei diadakan di University of Technology Sarawak (UTS), Jalan University, 96000 Sibu.

Pada 23 Mei di Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu, Jalan Nyabau, 97000 Bintulu, Sarawak dan 27 Mei di Pustaka Negeri Sarawak, Miri Jalan Kipas, Miri City Fan 98000 Miri.

“Kerajaan sentiasa komited membantu PMKS memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan dayasaing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

“Pelbagai program pembiayaan menerusi institusi kewangan terus dilaksanakan pada tahun 2024 bagi membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan perniagaan selaras dengan inisiatif di bawah kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Agensi kerajaan dan institusi kewangan yang menyertai program jerayawara ini termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), Bank Simpanan Nasional, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Small Medium Enterprose Development Bank Malaysia Berhad, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan
Berhad dan Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada individu dan syarikat yang berminat. – MalaysiaGazette