Anggota tentera menunaikan tanggungjawab dengan membuang kertas undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu di Kem Erskine 4 Rejimen Semboyan Diraja, Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD ADZLAN, 07 MEI 2024.

HULU SELANGOR – Seramai 155 anggota dan juga pegawai bersama pasangan di Rejimen Semboyan Divisyen ke-4 Infantri di sini menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Jumlah keseluruhan anggota tentera dan pasangan yang mengundi adalah seramai 238 orang termasuk 83 undi pos.

Proses pengundian awal itu bermula pukul 8 pagi di Dewan Temuan.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, proses demokrasi yang berlangsung pagi ini berjalan dalam suasana harmoni.

Pusat pengundian awal berkenaan akan ditutup pada pukul 5 petang nanti.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast