Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Sebanyak 103 projek berjaya disiapkan membabitkan kos sebanyak RM 121.2 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,  Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kini sedang melaksanakan 32  lagi projek pembangunan bekalan air dengan nilai keseluruhan RM461 juta.

Selain itu ada 82 projek sedang dalam peringkat pra- pembinaan membabitkan komitmen kewangan berjumlah RM 1.91 billion.

Kerja-kerja ini termasuk merancang, juru perunding  dan mendapatkan kelulusan pelbagai peringkat sama ada pengurusan perolehan atau kelulusan perancangan projek,” katanya.

“Projek-projek ini bagi mengurangkan masalah bekalan air kepada 90 peratus pada tahun 2026,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN- Inderapura) yang bertanya kedudukan semasa kewangan PAIP dalam menampung keperluan pembangunan  dan naik taraf bekalan air pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Tambah Wan Rosdy, kerajaan Negeri  dan PAIP  akan sentiasa berusaha memastikan mutu perkhidmatan bekalan air terus ditingkatkan dari masa ke masa kepada pengguna.  – MalaysiaGazette