Keadaan sekitar Jalan Sultan Ismail telah dibersihkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akibat pokok tumbang semalam. Foto SYADILA AMARI, 08 MEI 2024.

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail petang semalam sudah dibenarkan keluar wang jam 6 pagi tadi.

Manakala wanita Sweden masih ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur kerana cedera.

“Jumlah mangsa yang cedera kekal dua orang,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Menrutnya, pihaknya menerima 18 laporan berhubung kes pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, petang semalam.

Terdapat 18 kenderaan yang rosak dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian petang semalam, seorang lelaki berusia 46 tahun maut ditimpa pokok dalam kejadian ribut di hadapan Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Amiruddin Mohd Hassan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang, tadi.

“Kami telah menerima laporan mengenai kejadian pokok tumbang yang telah menghempap 17 buah kenderaan, landasan monorel dan fasiliti awam.

“Sejurus menerima panggilan, seramai 20 anggota bomba dari balai bomba Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Titiwangsa