KUALA LUMPUR – Menantu pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Ahmad Aslam mengaku hanya bekerja sebagai pemandu Grab.
Pengakuan itu dibuat menerusi sekeping gambar dalam TikToknya sambil memuat naik gambar mengenakan pakaian seragam syarikat e- hailing itu sambil mengendong topi keledar syarikat yang sama.
Tulisan ringkas pada ruangan kapsyen itu seolah-olah seperti merendah diri selepas ramai tertanya-tanya mengenai pekerjaannya selepas mengamalkan poligami.
Akaun TikTok aslamgrab yang dibuka semalam telah diikuti lebih 20,000 orang.
Namun ada pengikut yang memberi semangat dengan mengatakan lelaki tersebut perlu bekerja lebih kuat kerana mempunyai dua isteri.
Sebelum ini, nama Aslam hangat diperkatakan selepas berkahwin dengan anak Abby dan Norman, Marrisa Dania di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Pernikahan mereka dikatakan dilakukan tanpa pengetahuan keluarga serta isteri pertamanya, Umisya.
Namun kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Hari Raya Aidilfitri lalu dan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir. – MalaysiaGazette