Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion pada 30 April 2024, berbanding AS$113.4 bilion pada 15 April lalu.

BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan , dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette