Mohamad Suhaimi menyerahkan beras sumbangan Bernas kepada seorang penerima.

KUALA LUMPUR – Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas), menyumbang 500 kilogram beras untuk diagihkan kepada golongan mualaf dan asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Ahli Lembaga Pengarah Bernas, Datuk Azman Mahmood berkata, sumbangan beras itu adalah untuk meringankan beban golongan mualaf dan mereka yang memerlukan.

“Ini merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan B40 bandar dan diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Pengerusi Perkim, Datuk Keramat, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz memberikan penghargaan kepada Bernas atas sumbangan yang diberikan itu.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan kerana sedikit sebanyak ia akan dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan tersebut akan mula di agihkan melalui lawatan ke asrama dan rumah-rumah asnaf melalui program Jelajah Mualaf yang bermula minggu ini,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast