KUALA LUMPUR – Jabatan kerja Raya (JKR) tidak terlibat dengan aktiviti penerbitan buku Edisi Khas Memori JKR termasuk tawaran sumbangan iklan yang ditawarkan.

Menurut JKR, pihaknya memandang serius terhadap aduan dan pertanyaan berkaitan penerbitan dan penjualan iklan bagi buku Edisi Khas Memori JKR melalui surat yang dikeluarkan oleh Koperasi Jabatan Kerja Raya Selangor-Wilayah Persekutuan Berhad.

“Oleh yang demikian, JKR Malaysia menyarankan agar semua pihak yang menerima surat hebahan berkaitan perkara ini supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan tawaran yang dihebahkan,” katanya menerusi kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast