Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pembekal produk sistem bekalan air dan pembetungan diharap dapat dikawal selia secara sistematik dan produk yang digunakan dalam industri ini mempunyai daya ketahanan dan keselamatan yang berkualiti dengan teknologi yang terkini dalam menjamin kelestarian industri perkhidmatan air dengan penguatkuasaan Kaedah-kaedah Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Pendaftaran Pembekal) 2023.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, kaedah-kaedah ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 2024 di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

SPAN,

Di bawah kaedah-kaedeah ini, tiada seorang pun boleh membekalkan sesuatu pemasangan, peranti atau kelengkapan yang berhubungan dengan sistem bekalan air dan sistem pembetungan, tangka septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau bersama, melainkan jika orang itu telah didaftarkan sebagai pembekal oleh SPAN.

Seseorang yang disabit kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

SPAN boleh menggantung atau membatalkan mana-mana sijil pendaftaran yang dikeluarkan jika pembekal tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau perundangan subsidiarinya atau syarat-syarat yang dikenakan oleh SPAN dan SPAN menerima aduan yang sahih mengenai pembekal, pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan oleh pembekal.

Selain itu, pembekal membekalkan sijil pendaftaran yang palsu, salah atau tidak sah dan sijil pemasangan, peranti atau kelengkapan telah digantung atau dibatalkan oleh badan pensijilan; Laporan penilaian telah digantung atau dibatalkan oleh badan penilai; dan Pembekal telah berhenti menjalankan perniagaan atau diisytiharkan sebagai bankrap.

Dalam usaha mempromosikan pemahaman dan pematuhan terhadap kaedah-kaedah baharu ini, SPAN juga telah menganjurkan “Forum Peranan Kawal Selia SPAN Terhadap Pembekal Produk Industri Perkhidmatan Air” yang berlangsung semasa Pameran Asia Water 2024 pada akhir April lalu.

Forum ini telah menarik penyertaan lebih daripada 200 orang yang terdiri daripada agensi kerajaan, operator-operator air dan pembetungan, badan pensijilan, badan penilai dan pembekal yang berkaitan dengan perkhidmatan air di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette