Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao beramah mesra bersama penduduk sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ketika di Pekan Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD ADZLAN, 09 MEI 2024.

HULU SELANGOR – Pengundi-pengundi khususnya dalam kalangan wanita diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir jahat di platform TikTok terutamanya melibatkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berbaki kurang 48 jam.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebaliknya mereka perlu melihat kepada fakta terlebih dahulu sebelum boleh mempercayai sesuatu yang terpapar di aplikasi tersebut.

“Kadang-kadang kita punya logarithm dia orang (wanita) akan tengok itu saja. Jadi, saya kata kat dia orang, ok follow TikTok tapi, check fakta.

“Kalau ada apa-apa katakan. Kalau cakap Melayu ini Cina ambil alih, kita tak boleh buat begitu untuk negara, kita membangun sama.

“Sebab kita dalam negara Malaysia ni majmuk, kita kena terima realitinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout bersama calon Pakatan Harapan (PH), Pang Song Tao menyantuni pengundi di Pasar Pagi Kuala Kubu Baharu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri berkata, beliau bersyukur kerana penerimaan golongan wanita di Kuala Kubu Baharu amat positif terhadap calon yang diketengahkan oleh PH.

Katanya,  ini menunjukkan mereka tahu siapakah yang layak membawa suara rakyat Kuala Kubu Baharu di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita haraplah, kita tak tahu masa hari mengundi itu apa-apa fakta kalau pilihan raya kecil selalunya pengundi tak ambil banyak sangat peluang untuk mengundi yang hanya untuk mengundi.

“Jadi, kita ada sikit penurunan selalunyalah peratus keluar mengundi, itu boleh memberikan sikit kacaulah. Tapi kita rasa Insya-Allah kena kerja keraslah rayulah, bagilah undi pada kita teruskanlah apa yang telah dijalankan oleh mendiang Lee Kee Hing.

“Kita haraplah, kita tak tahu masa hari mengundi tu apa-apa fakta boleh ada. Kalau pilihan raya kecil selalunya pengundi tak ambil banyak sangat peluang untuk pulang mengundi.

“Jadi, kita ada sikit penurunan selalunyalah peratus keluar mengundi . Itu boleh memberikan sikit kacaulah, tapi kita rasa Insyaallah kena kerja keras rayulah .

“Kita berharap agar pengundi berilah peluang untuk mengundi calon Kerajan Perpaduan agar segala yang telah dirancang oleh mendiang Lee Kee Hiong dapat diteruskan,” ujarnya. – MalaysiaGazette