Azam Baki

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan terus memastikan amanah yang diberikan kepadanya dilaksanakan sepenuhnya.

Azam berkata, beliau juga akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.

“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan semula saya ke jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi perkenan melantik semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, penyambungan perkhidmatan Azam disambung selama satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei depan.

Azam berkata, suruhanjaya itu uga berharap agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan, tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini. – MalaysiaGazette