Polis cari SV Asokumarun, 68, dilaporkan hilang selepas dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Februari 2024.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Februari 2024.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, SV Asokumarun, 68, dimasukkan di wad HKL untuk rawatan pada 17 Februari lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini Asokumarun belum pulang ke rumahnya dan ahli keluarga serta polis sudah melakukan pencarian di sekitar ibu kota namun gagal menemui lelaki itu,” kata dalam kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Balai Polis Dang Wangi Inspektor Mohd Shaiful Zulkifli di talian 03-92212222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiGazette