Bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkempen di KKB baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Mantan Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, Datuk Seri Santhara Kumar mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pemantau Janji-janji Manifesto Kuala Kubu Baharu (KKB) bagi memastikan janji yang dilakukan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dilansakanakn.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu dalan mengelakan pilihan raya dijadikan medan untuk berjanji namun apa yang dijanjikan tidak ditepati selepas itu.

“Letaklah wakil rakyat India di Selangor, letak yang duduk di kerajaan negeri dan pusat.

Letak juga pimpinan pembangkang dan NGO yang lantang mengutarakan isu selain berjuang tentang komuniti India di negara ini. Yang bercakap ketika pilihan raya, letak mereka semua,” katanya.

Menurut beliau, rakyat akan dapat menilai keikhlasan  wakil rakyat yang bersuara dengan penubuhan jawatankuasa tersebut. – MalaysiaGazette