HULU SELANGOR – Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin terkejut apabila ramai pengundi yang keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu, hari ini.
Hafizah berkata, pada mula beliau menyangka pengundi-pengundi akan memboikot pilihan raya itu hingga menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah.
Namun, sangkaannya itu tersasar dan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Saya terkejut juga, peratusan mengundi tinggi, kita ingat ada boikot tetapi rakai keluar baik Melayu, Cina, India,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat mengundi di sekitar Ampang Pecah, di sini.
Hafizah bagaimanapun tidak mengundi pada pilihan raya berkenaan kerana beliau merupakan pengundi luar.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu berlangsung hari ini selepas tempoh berkempan selama 14 hari tamat tepat pukul 11.59 malam tadi.
Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran dibuka pukul 8 pagi hari ini membabitkan 39,269 pemilih berdaftar pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Pakatan Harapan (PN), calon Bebas, Nyau Ke Xin dan Hafizah mewakili PRM.
PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. – MalaysiaGazette