KUALA LUMPUR – Laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu,” jelas agensi berita itu menerusi hantaran di platform X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Reuters tidak melaporkan perkara itu, tegasnya mengulas mengenai artikel berita yang disebar luas terutama menerusi WhatsApp, penyedia perkhidmatan pesanan segera. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast