Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao bercakap kepada media selepas beramah mesra bersama penduduk sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ketika di Kampung Pasir, Kerling, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2024.

BATANG KALI – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kini di hadapan.

Setakat 8 malam tadi, keputusan tidak rasmi menyatakan calon PH, Pang Sock Tao memperoleh 10,787 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut dengan memperoleh 7,003 undi.

Calon bebas, Nyau Ke Xin  pula hanya mendapat 138 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin pula 108 undi.

Secara tidak rasmi, Sock Tao memperoleh majoriti 3,783 undi setakat ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih ADUN. – MalaysiaGazette