Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah boleh memohon untuk memindahkan 10 per 30 simpanan dalam Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel menerusi aplikasi i-Akaun mulai hari ini.

Pemindahan tersebut boleh dilakukan dengan mengunjungi cawangan KWSP di seluruh negara.

Akaun Fleksibel yang diperkenalkan tanpa sebarang jumlah, namun pencarum boleh memilih untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera antara 12 Mei dan 31 Ogos.

Akaun Fleksibel akan kekal bermula pada RM0 jika pencarum tidak memilih untuk memindahkan sebarang jumlah dan hanya akan bertambah dengan caruman baharu selepas 11 Mei.

Menurut laman sesawang KWSP, sebuah akaun baharu iatu Akaun Fleksibel diperkenalkan bermula hari ini manakala Akaun 1 dinamakan sebagai Akaun Persaraan, dan Akaun 2 sebagai Akaun Sejahtera.

Bahagian caruman dalam Akaun Persaraan meningkat kepada 75 peratus, tetapi bahagian untuk Akaun Sejahtera dikurangkan kepada 15 peratus manakala 10 peratus akan masuk ke Akaun Fleksibel.

Pemindaan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja bermula tarikh berkuat kuasa sehingga 31 Ogos depan dengan pindahan amaun permulaan akan diluluskan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.

Untuk bayaran pengeluaran Akaun Fleksibel akan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank pencarum yang masih aktif dengan didaftarkan atas nama sendiri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast