KUALA LUMPUR – Perbadanan Putrajaya (PPj) akan memulakan tempoh percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) selama tiga bulan, bermula 13 Mei hingga 31 Julai ini.
PPj berkata, projek rintis di Putrajaya ini adalah merupakan usaha perbadanan itu mengetengahkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.
Tambahnya, dua laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan tersebut iaitu laluan 1A yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan, Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.
Ujarnya, laluan kedua iaitu laluan 2B hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.
“Orang awam yang ingin menaiki ART hanya perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Menurut PPj, sebanyak tiga perjalanan disediakan setiap
hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. – MalayusiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast