Bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM961.1 juta berbanding RM1.06 billion pada minggu sebelumnya.

Sepanjang minggu lepas, setiap hari dagangan kecuali Khamis menyaksikan aktiviti belian bersih oleh pelabur asing, kata MIDF Research.

Menurutnya, pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih semula pada hari Jumaat, mungkin dipengaruhi oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar asas semalaman (OPR) pada 3.00%.

Sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM268.2 juta), utiliti (RM242.9 juta), dan pengangkutan & logistik (RM114.0 juta).

Manakala satu-satunya sektor yang mempunyai aliran keluar bersih asing ialah produk & perkhidmatan perindustrian, masing-masing sebanya (-RM8.9 juta) dan REITs (-RM3.8 juta).

Sementara itu itu, pelabur institusi tempatan pula meneruskan aliran jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut, berjumlah -RM724.9 juta.

Untuk minggu kesembilan berturut-turut, pelabur runcit terus melupuskan ekuiti domestik berjumlah RM236.2 juta.

Dari segi penyertaan, purata volum dagangan harian (ADTV) meningkat untuk peruncit tempatan (+17.4%) dan institusi tempatan (+1.3%), manakala pelabur asing (-9.9%) mengalami penurunan. – MalaysiaGazette