Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap pada media ketika di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 15 MEI 2024.

PUTRAJAYA – Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pengwujudan kartel melibatkan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak akan masuk campur dalam siasatan atau penguatkuasaan yang akan dijalankan terhadap dakwaan tersebut.

“Jadi kalau ada (maklumat), laporkan kepada polis atau mana-mana badan penguatkuasaan. Kita suruh badan tesebut lakukan siasatan dan kita tidak campur tangan,” katanya yang diminta  mengulas mendakwa wujudnya kartel melibatkan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam.

Dakwaan di aplikasi X itu dikaitkan dengan beberapa hantaran pengguna @zeyhnnnn yang mendakwa kewujudan kartel perkhidmatan awam melibatkan pimpinan tertinggi seperti Ketua Setiausaha.

Pelayar aplikasi X itu mendakwa kartel yang melibatkan pelbagai kementerian telah mengambil sehingga 7 peratus komisen daripada kontrak berkaitan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast