Shahnaz Farouque Jammal Ahmad

KUALA LUMPUR – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) melantik Shahnaz Farouque Jammal Ahmad sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang baharu berkuat kuasa 1 Jun 2024, menggantikan Ramanathan Rajoo.

Pelantik ini merupakan langkah penting kepada perluasan Kumpulan MBSB selepas pengambilalihan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad
(MIDF).

Shahnaz memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Borong Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB dan terbaharu sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di TIME dotCom Berhad.

Kepakaran beliau merangkumi pelbagai domain termasuk nasihat penggabungan dan pemerolehan, nasihat risiko, perdagangan, pengurusan risiko, perbankan korporat dan pelaburan serta kewangan.

Shahnaz memiliki Sarjana Falsafah dalam Ekonomi dari Universiti Oxford dan Sarjana Sastera dalam Ekonomi serta Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomidari University of Cambridge, United Kingdom.

Dengan pelantikan ini, Shahnaz akan memainkan peranan penting dalam mengemudi strategi kewangan Kumpulan MBSB dengan tumpuan untuk mengenal pasti peluang dalam kepelbagaian portfolio untuk memaksimumkan pulangan.

Objektif utama di bawah kepimpinan Shahnaz ialah meningkatkan keuntungan Kumpulan MBSB, termasuk tumpuan strategik untuk meningkatkan CASA (Akaun Semasa dan Akaun Simpanan) untuk mengurangkan kos pembiayaan dan memperbaiki kedudukan kewangan.

Pelantikan Shahnaz mencerminkan komitmen Kumpulan MBSB untuk terus mengukuhkan pasukan kepimpinannya bagi memacu inisiatif strategik Kumpulan dan memastikan kelestarian pertumbuhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef mengalu-alukan Shahnaz dalam pasukan dan yakin di bawah pengawasan kewangannya, kumpulan ini akan mencapai kejayaan yang baharu.

“Kumpulan MBSB ingin mengucapkan terima kasih kepada Ramanathan Rajoo atas perkhidmatan dan kepimpinan berdedikasi beliau, yang dilantik sebagai penasihat khas,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here