Pemeriksaan MBPP di premis perniagaan sekitar daerah Barat Daya mendapati ada yang gagal memastikan kebersihan premis selain tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

BALIK PULAU – Sebanyak 10 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke atas empat premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen sah di daerah Barat Daya di sini, semalam.

MBPP dalam kenyataaan memaklumkan pemantauan dan pemeriksaan itu dilakukan oleh Unit Tred, Industri dan Establisymen Makanan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran bermula jam 2.30 petang.

Katanya, kesemua premis berkenaan dikenakan kompaun mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991 UUK 3(1) iaitu mengendali establisymen Makanan tanpa lesen sah dikeluarkan pegawai Pelesenan MBPP atau pihak Majlis.

“Operasi berkenaan turut fokus kepada tahap kebersihan premis terutama mengenai pengurusan sisa makanan.

Sebuah premis serbaneka yang menjual makanan sejuk beku didapati meletak bahan jualan makanan dan minuman di atas lantai.

“Pemeriksaan mendapati dua daripada premis itu tidak menyelenggara perangkap minyak dengan betul dan membiarkan sisa makanan disalur terus ke dalam parit atau longkang manakala sebuah premis serbaneka yang menjual makanan sejuk beku didapati meletak bahan jualan makanan dan minuman di atas lantai.

“Kedua-dua premis itu dikenakan kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” katanya kenyataan itu.

Kompaun lain yang turut dikeluarkan ialah mengikut UUK Establisymen Makanan MPPP 1991 (premis kotor) dan UKK Pengendali Makanan 1983 kerana gagal kemukakan kad pelalian dan suntikan anti-tifoid ketika pemeriksaan dijalankan.

Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana meletak peralatan perniagaan di tempat awam yang menimbulkan sekatan laluan dan halangan. – MalaysiaGazette