MOSCOW – Rusia menghantar pasukan penyelamat ke Iran untuk membantu mencari helikopter membawa Presiden Ebrahim Raisi yang dilaporkan hilang di lereng gunung berkabus.

“Atas permintaan pihak Iran, penyelamat dari Kementerian Situasi Kecemasan Rusia akan membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” tulis kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram.

Pasukan itu, yang “terdiri daripada 47 pakar dengan peralatan dan perkakasan yang diperlukan, kenderaan semua rupa bumi, serta sebuah helikopter BO-105,” akan menuju ke bandar barat laut Tabriz, katanya. – Agensi