Datuk Red ditaja Idealyst Clinic untuk buat rawatan muka.

KUALA LUMPUR – Bercerai dua kali dalam masa terdekat langsung tidak menghalang usahawan kontroversi, Datuk Seri Adnan Abu.

Kini beliau yang semakin menitikberatkan aspek penjagaan wajah dan rambut dengan menjalani rawatan estetik.

Menerusi hantaran di media sosialnya, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, berkongsi antara rawatan yang dilakukannya adalah suntikan perangsang kulit untuk mencerahkan kulit yang kusam agar nampak lebih berseri.

Bapa tunggal sembilan anak itu juga membuat rawatan plasma kaya platelet (PRP) bagi melebatkan rambut dengan memilih Idealyst Clinic sebagai pilihan.

Gara-gara video itu, Datuk Red diusik oleh netizen dengan pelbagai komen seperti semakin ramai anak dara yang akan datang mencarinya selepas ini.

Ada juga berseloroh bahawa dua pergi, 20 wanita akan datang sebagai pengganti.

Namun ada juga yang bertanya apa yang dilakukan lelaki itu sebelum ini kerana mendapat rezeki yang melimpah selepas ditimpa ujian hidup.

Datuk Red sebelum ini berdepan kisah muflis kerena dibelenggu hutang sebanyak RM7 juta dan penceraian bersama dua bekas isterinya.

Namun dia tidak kisah dan sanggup menebalkan muka melakukan pelbagai cara untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Awal bulan ini, dia membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi yang mana jumlah itu merupakan hasil keuntungan menjual produk kopi kesihatan.

Pada 14 Mei lalu, Datuk Red bergelar duda buat kali kedua selepas sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor.

Pada 24 April lalu, beliau terlebih dulu bercerai talak satu dengan isteri keduanya iaitu penyanyi, Adira.

Pada Mac lalu, Adnan mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lepas.

Selepas tular video di TikTok mencari kerja, rezeki Datuk Red mencurah-curah apabila dipanggil menjadi model untuk baju raya jenama Jakel malah turut diberi rezeki baju raya buat keluarganya.

Selepas menjadi model baju raya, Datuk Red menerima kerja daripada jenama kambing perap popular.

Usahawan hartanah itu juga pernah muncul dalam sesi live bersama ibu Neelofa, usahawan Datin Noor Kartini Noor Mohamed bagi  mempromosi teh herba kiub dan daging perapan istimewa dan berjaya meraih jualan tinggi.

Rezeki Datuk Red semakin melimpah ruah apabila diberi peluang pakar motivasi perniagaan Dr. Azizan dengan kerjasama anak didiknya iaitu Dr Samhan yang merupakan pempengaruh doktor perubatan di media sosial. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. “We can learn not only from a story of a success man, but also from his failure” – Tun M

Comments are closed.