Keputusan SPM 2023

KUALA LUMPUR – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada Isnin, 27 Mei ini mulai pukul 10.00 pagi.

Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian dan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Calon juga boleh hadir sendiri ke sekolah untuk mendapatkan keputusan jika ketiadaan akses capaian.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023,” kata Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kenyataan di media sosial.

Cara semakan keputusan melalui dalam talian.

Semakan secara dalam talian boleh dilakukan di laman sesawang myresultspm.moe.gov.my.

Semakan melalui SMS: SPM<jarak>NoKP<AngkaGiliran> dan hantar ke 15888.-MalaysiaGazette