Foto: JBPM
KUALA LUMPUR – Tiga lelaki cedera apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik di  Jalan Tanjung Lipat menghala yayasan Sabah di di Kota Kinabalu, Sabah.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II,  Masri Gari berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 5.20 pagi.
Tambahnya, terdapat terdapat tiga mangsa mengalami kecederaan di tempat kejadian yang mana mangsa pertama berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Manakala dua lagi mangsa telah tersepit di dalam kereta berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Menurut Masri, dua mangsa tersebut telah dihantar oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang mangsa telah dihantar oleh Unit EMRS untuk menerima rawatan.
Tambah beliau, operasi dilaporkan terkawal pada jam 6 pagi dan ditamatkan pada jam 6.13 pagi. – MalaysiaGazette