Foto: APM

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima empat panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut serta hujan lebat petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan panggilan kecemasan itu bermula dari 6.20 petang hingga 7 malam.

Menurut kenyataan itu, kejadian pokok tumbang di Lot 5746, Jalan Klang Lama menyebabkan empat lori tiga tan dihempap manakala laluan utama di First Residential College Universiti Malaya telah terhalang selepas pokok tumbang menghempap tiang elektrik di kawasan berkenaan.

“Seterusnya di Trellises Apartment, Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Long Yew Koh sebatang pokok tumbang menghalang laluan utama di kedua-dua lokasi.

“Kawasan utama yang terjejas berlakunya pokok tumbang adalah di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tiada mangsa terlibat dalam semua kejadian tersebut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast