Pegarah Pendidikan Pahang, Amzan Abdul Malek menunjukan laporan Analsis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Negeri Pahang

KUANTAN – Seramai 517 calon di Pahang memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berbanding berbanding 405 calon pada tahun sebelumnya.

Pegarah Pendidikan Pahang, Amzan Abd Malek berkata, daripada 517 calon yang cemerlang, empat orang calon  mendapat semua A+.

”Bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 4,157 calon (24.77%) pada tahun 2023 berbanding 3,673 calon (21.99%) pada tahun 2022.

”Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 484 calon (2.78%). Manakala seramai 6374 calon (37.98%) telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2023 berbanding 5935 calon (35.53%) pada tahun 2022,” katanya pada sidang media, hari ini.

Amzan Abd Malek

Menurut Amzan, daripada 17,250 orang mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2023 seramal 16,782 calon hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran manakala 468 calon tidak hadir semua mata pelajaran.

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 110 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menduduki peperiksaan SPM 2023 di Pahang dan daripada jumlah itu seramai 11 orang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A.

Tambahnya, seramai 609 calon murid Orang Asli menduduki peperiksaan itu dan 41 orang mendapat sekurang-kurangnya 5A- (A+/A/A-) berbanding 36 orang pada 2022.

Amzan berkata, seramai 15,918 calon layak menerima sijil SPM 2023 berbanding 15553 calon pada tahun sebelumnya, peningkatan 1.74 peratus.

Peningkatan ini merupakan pencapaian berdasarkan syarat pensijilan sejak diperkenalkan pada 2013 yang mana calon wajib lulus dua mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak mendapat sijil SPM.- MalaysiaGazette