Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di sebuah pangsapuri di Setapak semalam. Ihsan IPD Wangsa Maju

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Jalan Genting Kelang, Setapak Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu seorang pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan sekitar jam 8.35 malam tadi.

Mangsa dikenalpasti identiti seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kematian individu itu.

Kkes berkenaan masih dalam siasatan polis dan mayat dirujuk ke Institut Perubatan Forensik Hospital KUala Lumpur untuk proses bedah siasat.

“Ahli keluarga simati telah dikenalpasti dan dimaklumkan dan kes telah diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR),” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast