KUALA LUMPUR – Indivdu yang memecah masuk rumah pemain bola sepak, Ahmad Khuzaimi Piee, menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelak dikesan polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dalam kes tersebut.
“Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pada Isnin, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) disyaki pergerakan suspek kes samun kediaman pertahanan Selangor FC itu tular di laman media sosial.
Suspek dipercayai menggunakan Toyota Estima untuk keluar dari pintu pengawal keselamatan kawasan perumahan tersebut. – MalaysiaGazette