Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih RM715.70 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, susut 28.6 peratus daripada RM1 bilion yang dicatat setahun lepas, disebabkan terutamanya oleh kerugian terjemahan pertukaran asing dan perbelanjaan cukai yang diiktiraf bagi suku itu.

Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.

“Lonjakan permintaan sebanyak 9.9 peratus didorong terutamanya oleh sektor komersial dan domestik,” kata syarikat utiliti elektrik itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata hasil yang lebih kukuh itu konsisten dengan pengembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 4.2 peratus.

Melangkah ke hadapan, TNB berkata ia menjangkakan prestasi yang stabil pada tahun ini berikutan ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat hingga lima peratus.

Ia kekal berhati-hati dalam mengharungi cabaran akan datang sambil mengambil pendekatan berhemah untuk memastikan ia kekal berdaya tahan.

“Kumpulan juga komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional sambil mengejar pertumbuhan perniagaan,” katanya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bangga apa? Nk untung, hampa naik kan tarif letrik saja. Bukan ada buat langkah penjimatan operasi ka, tingkatkan efficiensi operasi ka. Jgn dok bangga sgt bila umum hasil naik tu.

Comments are closed.