LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Anugerah KAFD Globe Soccer Eropah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.
Arteta menampilkan prestasi cukup baik sepanjang saingan musim lalu apabila mencatat 28 kemenangan dalam Liga Perdana selain menjadi satu-satunya pasukan yang mencabar kejuaraan liga bersama Manchester City.
“Terima kasih kepada semua pemain dan staf kerana membantu saya kembali menikmati bola sepak. Saya harap perjalanan kami ini akan membuahkan hasil yang lebih banyak pada masa hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Arteta turut melaungkan keyakinan The Gunners akan kembali dengan semangat juang lebih tinggi dalam usaha mereka menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana selama 20 tahun.