Logo Bomba

BINTULU – Kebakaran meranapkan kegembiraan sambutan perayaan Hari Gawai bagi 325 penghuni sebuah rumah panjang di Nanga Sigu, Pandan, Sebauh, kira-kira 147 kilometer dari sini, awal hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Rumah Ugop Umpin sepanjang 43 pintu yang terletak di kawasan pedalaman telah terbakar seratus peratus.

Menurutnya, panggilan kebakaran diterima jam 12.41 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakan ke lokasi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) dibuka untuk mengambil maklumat setiap penghuni rumah panjang tersebut. Mangsa-mangsa dicadangkan untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Sigu yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari lokasi kebakaran,” katanya dalam kenyataan media petang ini.

Beliau berkata, anggaran kerugian dan punca kepakaran masih dalam siasatan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast