Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jenazah lelaki warga Malaysia yang meninggal dunia di Mount Denali, Alaska, Amerika Syarikat (AS) selamat dibawa turun dengan Kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Menurut Kementerian Luar, jenazah itu kini ditempatkan di pejabat kesihatan tempatan untuk tujuan bedah siasat.

“Dalam masa sama, pihak waris telah membuat keputusan supaya jenazah dibawa pulang ke Malaysia,” ” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, pihak pengurusan kumpulan pendaki Malaysia di gunung berkenaan, Alphine Club Malaysia (ACM) mengesahkan pendaki warga Malaysia yang terkandas di Gunung Denali adalah Zulkifli Yusuf, 37, dilaporkan meninggal dunia, 6 pagi waktu tempatan, 29 Mei lalu.

Ketua Komunikasi ACM, Ayob Yahaya berkata, seorang lagi pendaki Malaysia, Zainudin Lot, 48, berjaya dibawa turun oleh pihak penyelamat dan kini stabil dirawat di sebuah hospital di Talkeetna.

Beliau berkata, punca kematian Zulkifli disyaki akibat edema pulmonari beraltitud tinggi (Hape) hipotermia.

Menurut Wisma Putra, Konsulat jeneral Malaysia akan meneruskan bantuan konsular yang sewajarnya agar pengurusan dan penghantaran pulang jenazah berjalan lancer.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast