Foto: JBPM Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Seorang pekerja warga China ditemukan lemas selepas terjatuh dari tongkang besi ketika menjalankan kerja-kerja di laut dalam kejadian di perairan berhampiran Pulau Tikus, di sini hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Hairi Fazzil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.14 pagi memaklumkan seorang lelaki Miao Baddong, 52, dilaporkan terjatuh ke dalam laut ketika menjalankan kerja-kerja di atas tongkang besi.

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal yang tiba di tempat kejadian terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan menggunakan sebuah bot.

“Operasi SAR itu turut dibantu Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM dan beberapa agensi lain sebelum mayat  mangsa ditemui kira-kira 2.54 petang hari ini di kawasan Pulau Andaman, Tanjung Tokong di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast