Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berhadapan enam pertuduhan pecah amanah bersama membabitkan lebih RM6.6 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berhadapan enam pertuduhan pecah amanah bersama membabitkan lebih RM6.6 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mambabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion bermula hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu yang diiringi pegawai Penjara Sungai Buloh tiba di mahkamah kira-kira jam 8.15 pagi.

Irwan Serigar dilihat memakai sut gelap pada pagi ini.

Pada 24 Oktober 2018, Najib dan Irwan Serigar mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada minggu lepas, pasukan pendakwaan selesai menutup kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib yang mana kes tersebut memakan masa lebih enam tahun dengan 50 saksi pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin sebelum ini menetapkan perbicaraan kes IPIC bermula pada 4 hingga 27 Jun dan 2 hingga 31 Julai ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast