Kredit: FB - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi atas kemenangan berturut-turut bagi penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum negara itu.

Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.

“Perdana Menteri Modi telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan membawa manfaat kepada wilayah berkenaan,” kata Anwar.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Modi bagi mengukuhkan hubungan dua negara.

“Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempateri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India,” katanya.

Pengisytiharan kemenangan pilihan raya oleh Modi itu mencatat sejarah kerana beliau menjadi Perdana Menteri India pertama dalam tempoh 60 tahun yang mencapai kejayaan ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast