Seorang pemancing yang tergelincir dan jatuh ke sungai ditemui mati lemas di Kunci Air Padang Jawa, Kampung Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pemancing yang tergelincir dan jatuh ke sungai ditemui mati lemas di Kunci Air Padang Jawa, Kampung Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam hari ini.

Mangsa dijumpai pukul 7.15 malam dalam jarak 15 meter dari tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

“Hasil siasatan awal mendapati simati merupakan seorang lelaki Melayu yang memancing di tepi kawasan kunci air. Semasa hendak naik ke atas simati telah tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang untuk dijalankan post-mortem esok bagi mengenal pasti punca kematian si mati dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan dijalankan di bawah mati mengejut dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast