Foto Instagram Shila Amzah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa marah apabila namanya dikaitkan dalam satu bentuk skim pelaburan perniagaan secara atas talian.

Shila atau Nur Nurshahila Amir Hamzah, 34, menjelaskan, dia tidak pernah terbabit dalam mana-mana aktiviti pelaburan sedemikian.

“Ini satu perkara bodoh. Saya nak menegaskan bahawa saya tidak pernah masuk apa-apa jenis trading.

“Tiada istilah masukkan duit dan tiba-tiba jadi kaya,” katanya di Instastory miliknya hari ini.

Dalam hantarannya itu, dia turut memuat naik satu artikel portal yang menulis tentang dirinya berkongsi kesusahan hidup ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Menerusi petikan laporan berkenaan, Shila dikatakan terpaksa menggunakan duit simpanan untuk meneruskan hidup semasa tempoh sukar itu.

Malah ia turut mendakwa penyanyi ini terlibat dalam sebuah skim perdagangan sebagai salah satu cara pantas untuk mendapatkan wang.

Kata Shila, dia bimbang jika laporan berkenaan menyebabkan ramai orang terpedaya sehingga mengalami kerugian.

“Sebarkan perkara ini terutamanya buat mak cik dan pak cik yang dah terpadaya dengan benda mamcam sebegini.

“Portal ini pun tidak menggunakan otak juga,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast