Pengusaha sawah padi membajak kawasan sawah bagi memulih keadaan tanah sebagai persiapan sebelum benih padi ditabur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Tok Raja, Jerteh, Terengganu. Foto Arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) naikkan kadar insentif pembajakan daripada RM100 sehektar setiap musim kepada RM160 per hektar per musim.

Menurutnya, insentif penuaian juga diperkenalkan pada kadar RM50 sehektar pada setiap musim.

“Melalui kedua-dua insentif ini, pesawah akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 sehektar setiap musim,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada 27 Mei 2024 lalu, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) termasuklah kategori BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.

Manakala, KPKM pula turut subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan dan mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif baharu penuaian kepada pesawah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast