SEBERANG PERAI – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang dilaporkan cedera dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di Kompleks Kastam Perai di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira- kira 9 pagi tadi ketika mangsa berusia 42 tahun itu berada di parkir kompleks berkenaan dan mahu menghadiri latihan menembak jabatan itu di Kulim, Kedah.

Lelaki yang mengalami kecederaan dibahagian perut itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya ( HSJ) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa terpaksa menjalani pembedahan dan status keadaan dirinya belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

“Ya, benar kejadian berlaku tadi, setakat ini, kita terima laporan seorang sahaja cedera dan mangsa sedang menerima rawatan di hospital,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast